Monday, February 17, 2014

Kenapa Berdiam

Kenapa berdiam?
Aku disini menanti jawapanmu,
Telah ku lafazkan isiku,
Namun kamu disitu,
Diam membisu.

Mengapa membisu?
Bukankah itu yang kamu mahu dengar,
Nukilan hatiku yang sememangnya benar,
Meskipun kau lihat tanganku ketar,
Ketakutan tidak mahu hatiku dikelar,

Adakah kau jua ketar?
Semua orang punyai kisah silam,
Bersembunyi di hati begitu dalam,
Kisah yang selalunya penuh garam,
Kisah yang kita biarkan di dalam makam.

Bukan niatku mengali makam itu,
Niatku menghapuskannya,
Agar kau tidak perlu ketar lagi,
Tidak perlu ketakutan akan kisah silau,
Kerana aku mahukan masa depanmu,
Sebuah rumah,
2 orang kanak-kanak berlari,
Kita memandang ke langit,
Mempedulikan makam lampau yang musnah,
Oleh itu ku tanyakan,
Kenapa engkau masih lagi berdiam?

No comments:

Post a Comment

I want to hear what you think.